Malaysia Dateline

Anthony Loke baru jadi menteri kurang sebulan, fasiliti di stesen LRT dan MRT sudah pun diperbaiki

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mencatat rekod tersendiri kerana telah berjaya mengatasi masalah fasiliti di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) dalam masa kurang sebulan menjadi menteri.

Hal itu dibuktikan dalam kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd yang memaklumkan kerja-kerja pembaikan kerosakan dan naik taraf fasiliti di stesen LRT, MRT dan monorel di sekitar Lembah Klang telah dimulakan dan ketersediaan operasi lif di semua stesen berada pada tahap 99 peratus.

Dalam masa sama, 10 eskalator di 10 stesen MRT yang dilaporkan rosak sebelum ini telah dibaiki.

Masalah fasiliti di stesen LRT dan MRT berjaya diatasi hanya dalam tempoh kurang sebulan Anthony Loke menjadi menteri.

“Prasarana Malaysia Berhad turut menambah 18 unit lif dan 39 unit lif platform kerusi roda di stesen monorel bagi memenuhi keperluan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Setakat 15 Disember lalu, proses penggantian 20 unit ‘handrail’ dan tiga unit ‘stepchain’ di 10 stesen MRT telah disiapkan dan eskalator di stesen-stesen berkenaan telah kembali beroperasi,” kata laporan tersebut.

Pada 8 Disember lalu, Anthony Loke memaklumkan semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang dan 46 daripada 706 eskalator didapati tidak berfungsi.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan masalah dibangkitkan segera mengarahkan usaha dilakukan untuk membaiki dan mengganti kemudahan yang rosak.

Sementara itu, Rapid Rail berkata, ada antara kerja-kerja menaik taraf fasiliti lif di monorel memerlukan penambahbaikan dari segi struktur dan juga melibatkan beberapa isu keselamatan yang perlu dibaiki.

Justeru, projek naik taraf akan bermula pada suku pertama tahun 2023 dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

Baca juga Mahiaddin hanya tahu kritik walau pentadbiran PN lintang-pukang