Malaysia Dateline

Anthony Loke cadang kerajaan Negeri Sembilan bentuk jawatankuasa bertindak tangani perubahan iklim

Satu jawatankuasa bertindak bagi menangani perubahan iklim terutama bencana banjir yang tidak dijangka pada masa hadapan perlu dibentuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook berkata portfolio tersebut perlu diketuai oleh salah seorang Exco.

“Perubahan iklim merupakan masalah global tetapi ia mesti ditangani secara lokal. Perubahan iklim telah membawa kepada masalah bencana alam seperti banjir besar dan tanah runtuh yang lebih kerap berlaku.

“Kerajaan negeri perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam merangka dasar dan mengambil langkah persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Ke-14 semalam.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata koordinasi yang lebih baik antara agensi-agensi kerajaan diperlukan dalam kesiapsiagaan bencana.

Untuk rekod, Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia pada 31 Januari lalu telah mengeluarkan fakta terbaharu berkaitan suhu, hujan, angin, kilat dan ribut petir.

Jelebu di Negeri Sembilan contohnya bukan lagi kawasan paling kering di Malaysia kerana suhu tertinggi pernah direkodkan adalah di Alor Setar pada 21 Mac 2021.

Baca Pratayang kesan perubahan iklim global

Baca Lelaki sakan belanja guna kad curi