Malaysia Dateline

Anthony Loke jadi Setiausaha Agung DAP, Young Syefura masuk senarai CEC

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang juga bekas Menteri Pengangkutan diumum sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.

Beliau dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu untuk memimpin parti.

Dalam pemilihan CEC DAP semalam, Anthony Loke berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan 1,625 undi.

Dalam masa sama, Young Syefura Othman, yang merupakan calon tunggal Melayu yang masuk dalam senarai itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari itu menggantikan Zairil Khir yang gagal mempertahankan jawatannya dalam CEC pada pemilihan kali ini.

Bilangan jawatan CEC yang ada telah ditambah daripada 20 kepada 30 sejak pemilihan semula DAP pada 2017, dengan 17 muka baru turut terpilih.

Young Syefura Othman