Malaysia Dateline

Anthony Loke mohon maaf pada GPS jika ada pemimpin DAP singgung perasaan kerajaan, rakyat Sarawak

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini melakukan kunjungan untuk bertemu dengan Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari di kediamannya di Kuching.

Dalam pertemuan tersebut, Loke memohon maaf kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu sekiranya mana-mana pemimpin DAP pernah membuat sebarang kenyataan yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

“Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Turut sama hadir dalam pertemuan tersebut, Timbalan Premier Sarawak, Prof Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian.

Loke menyatakan harapan agar berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Baca juga: Jangan hanya tonton filem Mat Kilau, ambil pengajaran bagaimana Nabi memeterai Piagam Madinah dengan kaum lain

Baca juga: Fuh! Wanita ni hantar pesanan makanan sejauh 30,000 kilometer, dari mana ke mana?