Anuar Tahir, 2 wanita, antara calon PRU14 AMANAH Pahang

Sebahgian orang ramai pada majlis pengumuman calon AMANAH Pahang malam tadi.

Setiausaha Agung Parti Amanah (AMANAH), Haji Mohd Anuar Tahir diumumkan sebagai calon AMANAH bagi kerusi Parlimen Temerloh untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Peneroka PH di Kampung Chengal, Temerloh Pahang, malam tadi.

Turut sama dalam program berkenaan ialah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Sekretariat PH, Saifuddin Abdullah, Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan pimpinan PH negeri.

Parlimen Temerloh adalah satu-satunya kerusi parlimen di negeri Pahang yang bakal ditandingi AMANAH pada PRU14 nanti.

Norhaizan (kiri) dan Sabrina

Selain Anuar, 11 calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) turut diumumkan oleh bekas Perdana Menteri (PM) itu termasuk dua orang wanita.

Senarai mereka adalah seperti berikut:

1. Ahmad Majdi Fauzi Abd. Aziz – Dun Guai (Parlimen Bera).

2. Cikgu Norhaizan Abu Hasan – Dun Pelangai (Parlimen Bentong).

3. Cikgu Adnan Abdul Manaf – Dun Kerdau (Parlimen Kuala Krau).

4. Cikgu Jelani Ludin – Dun Jengka (Parlimen Kuala Krau).

5. Sabrina Md. Yusoff – Dun Tanjung Lumpur (Parlimen Kuantan).

6. Nur Addin Ibrahim – Dun Lepar (Parlimen Paya Besar).

7. Haji Zulkifli Mohamed – Parlimen Indera Mahkota).

8. Cikgu Ahmad Sazli Mohd Nor – Dun Tioman (Parlimen Rompin).

9. Dr. Jamaluddin Abd. Rahim – Dun Pulau Tawar (Parlimen Jerantut).

10. Tuan Syed Hamid Syed Mohamed – Dun Semantan (Parlimen Temerloh).

11. Dr. Hamzah Jaffar (Pengerusi AMANAH Pahang) – Dun Dong (Parlimen Raub).

Sehubungan itu, AMANAH akan meletakkan 12 calonnya di Pahang dalam PRU14 nanti iaitu 11 calon untuk kerusi Dun dan 1 untuk kerusi Parlimen.

Sebahgian orang ramai pada majlis pengumuman calon AMANAH Pahang malam tadi.

Pengumuman malam tadi disaksikan ribuan warga Temerloh terdiri daripada pelbagai kaum, yang disifatkan oleh penganjur sebagai himpunan penyokong pembangkan terbesar setakat ini di daerah tersebut.

9.4
OVERALL SCORE
: 10.0
4 user votes x 9.3
CATEGORIES
TAGS