Anuar Tahir tinjau projek infastruktur kawasan Temerloh

Anuar Tahir tinjau projek infastruktur kawasan Temerloh

Pembangunan Infrastruktur untuk rakyat di kawasan Temerloh, Pahang diteruskan kerajaan melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Bagi meninjau kemajuan kerja projek-projek tersebut, satu lawatan kerja oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Haji Mohd Anuar Tahir yang juga merangkap Ahli Parlimen Temerloh telah diadakan pada 20 Julai lalu.

Lawatan pertama adalah lokasi cadangan kepada Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah yang akan dinaiktaraf daripada dua lorong kepada empat lorong.

Jambatan ini terletak di Jalan Persekutuan FT02 yang menghubungkan Karak ke Maran dan seringkali sesak dengan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan.

Skop projek dengan anggaran kos sebanyak RM160 juta ini adalah pembinaan jambatan baharu bersebelahan jambatan sedia ada sepanjang 685 meter, menaiktaraf jalan tuju sepanjang 1.5 kilometer serta membina sistem saliran.

Projek ini telah diluluskan di dalam Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Sesi bergambar JKR Temerloh bersama Timbalan Menteri Kerja Raya dan pimpinan PH.

Walau bagaimanapun pelaksanaan fizikal projek ini tertakluk kepada kajian kos projek sebagaimana yang diarahkan oleh Agensi Pusat.

Lokasi lawatan kerja kedua pula ialah Projek Menggantikan Jambatan Sedia Ada di Jalan Persekutuan FT098 yang merentasi Sungai Semantan dan merupakan projek dibawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK–11) bagi Negeri Pahang.

Projek ini bertujuan untuk mengganti jambatan sedia ada yang tidak lagi sesuai dengan isipadu trafik pada masa kini dan perlu diganti.

Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 1 Ogos 2016 dan tarikh siap dijangka pada awal tahun 2019.

Skop pembinaan projek ini meliputi penggantian jambatan sedia ada dengan jambatan baharu, pengalihan utiliti dan kerja membaikpulih jalan-jalan masuk ke kampung.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote