Malaysia Dateline

Anuar Zain pegang jag lambang BN sambil menyanyi ceria

Penyanyi terkenal, Anuar Zain, 51, dilihat sedang memegang jag berlambangkan logo Barisan Nasional (BN) sambil menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas.

Aksi penyanyi itu terkandung dalam video dari Tik Tok yang turut dikongsikan pemilik akaun Facebook, Mohd Nazri Ahmad dengan kapsyen ‘hidayah milik Allah’.

Adik kepada penyanyi, Ziana Zain itu yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah juga dilihat mendendangkan lagu popularnya, Lelaki Ini dengan cukup ceria.

Anuar menjadi perhatian warganet di media sosial apabila dia difahamkan kini menyertai jemaah tabligh.

Sebelum ini, tular videonya bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bersarapan pagi di sebuah masjid di Selangor.

Malah, nyanyian Anuar itu sebagai memenuhi permintaan Nabil yang sedang bersarapan pagi dengan ahli jemaah tabligh lain.

Sementara itu, Pengurus Anuar, Nana Ahmad dilapor sama sekali tidak menafikan video tular itu yang difahamkan penghibur terbabit sekarang dalam proses belajar mendalami ilmu agama.

Kata Nana, Anuar pasti sedia memberi kerjasama untuk penjelasan sebenar dia menyertai kumpulan tabligh itu dan keluar berdakwah sebaik selesai proses mendalami ilmu agamanya nanti.