Anugerah BrandLaureate: Zambry ibaratkan AMANAH  macam ‘anai-anai’

Anugerah BrandLaureate: Zambry ibaratkan AMANAH macam ‘anai-anai’

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) Perak yang berterusan memfitnahnya berhubung penganugerahan Ikon BrandLaureate sebagai menjengkelkan dan tidak ubah seperti anai-anai.

Mereka ini ibarat serangga perosak atau anai-anai yang pernah merobohkan sesuatu bangunan dan kini apabila sudah keluar cuba melakukan kerosakan di tempat lain, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi bahawa anugerah ‘The BrandLaureate Nation Building Brand ICON Leadership Award ” Game Changer Icon’ yang diberikan kepada Zambry pada Ogos lalu, dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) berjumlah RM381,113.86.

Hari ini, Pakatan Harapan Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu.

Mengulas lanjut, Zambry berkata tindakan pihak berkenaan juga lebih kepada membunuh karakter beliau untuk menggambarkannya sebagai pemimpin yang gila mengumpul anugerah dan penghargaan.

Baru-baru ini saya terima penganugerahan daripada Putra Business School, Universiti Kebangsaan Malaysia mungkin itu juga akan dianggap gila nakkan pengiktiarafan. Saya tak perlukan itu sebenarnya tetapi ia adalah pengiktirafan yang diberikan kepada kita dan kerajaan, katanya.

 

BACA: Anugerah Brandlaureate: PH serah bukti, gesa SPRM siasat MB Perak

2.3
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 0.0
CATEGORIES
TAGS