Anugerah Khas untuk ahli Amanah selamatkan penumpang

Anugerah Khas untuk ahli Amanah selamatkan penumpang

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Selangor akan memberikan penghargaan kepada ahlinya Gursharan Kaur yang telah bertindak pantas menyelamatkan seorang  penumpang dalam pesawat yang  dinaikinya  dari Jakarta ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani berkata, pemberian Anugerah Khas Kemanusiaan itu akan disampaikan kepada Gursharan bersempena  Majlis Minum Petang yang akan  parti itu pada  14 Mei ini.

“Amanah ingin melahirkan rasa bangga dan besar hati kami ke atas Puan Gursharan Kaur  dan suai di atas tindakan pantasnya menyelamatkan nyawa seorang penumpang di atas pesawat ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

“Pn Gusharan dan suaminya adalah ahli Amanah Kawasan Petaling Jaya Utara,” 

“Pihak Amanah Selangor akan memberikan Anugerah Khas Kemanusiaan kepada beliau bersempena Majlis Minum Petang yang akan di adakah di Space U8, Shah Alam pada 14hb Mei ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Amanah, Mohammad Sabu.

 

COMMENTS

Wordpress (0)