Malaysia Dateline

Anwar akui kartunis angkat suara rakyat

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan golongan kartunis memberi sumbangan besar dalam mengangkat suara masyarakat.

Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berpendapat luahan perasaan dan fikiran golongan kreatif tersebut perlu diraikan.

“Selamat Hari Kartunis kepada semua pelukis, pengkarya, dan penggiat seni. Seni boleh menjadi wahana yang berkesan dalam mengangkat suara rakyat dan juga memberi kesedaran umum.

“Raikan kebebasan bereskpresi dan terus berkarya!” kata Anwar di Facebook sebentar tadi.

Hari Kartunis Malaysia jatuh pada 1 April setiap tahun bersempena dengan penerbitan majalah kartun lagenda negara, Gila-gila, yang pertama kali diterbitkan pada 1 April 1978.

Cetakan pertama Majalah Humor Nasional itu ialah sebanyak 10,000 nashkah dengan harga RM1.

Gila-Gila keluaran sulung pada 1 April 1978.