Malaysia Dateline

Anwar bakal tampil bahas peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau akan turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bajal tampil pada pukul 11 pagi ini.

” Semoga dipermudahkan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Sehingga semalam, sebanyak lima peruntukan bagi kementerian telah lulus di peringkat jawatankuasa.

Dua daripadanya diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.