Malaysia Dateline

Anwar bawa Joe Wings ke Port Dickson

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Joe Wings datang ke pejabatnya semalam.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau berbual dengan bekas anggota kumpulan Wings itu mengenai muzik dan budaya.

“Kami bual santai tentang muzik dan budaya sambil merencana bersama untuk acara seterusnya untuk anak-anak muda di Port Dickson.

“Nantikan Anwar Ibrahim x Joe Wings!,” kata Ketua Pembangkang itu lagi di Instagram.

Joe atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir, 53, pada masa ini adalah pemain gitar utama Prime Domestic.