Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Anwar bersikap terbuka jika Dr Mahathir ingin kekal dalam Kabinet

Anwar bersikap terbuka jika Dr Mahathir ingin kekal dalam Kabinet

BernamaFebruary 21, 2020 7:19 am




 Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau bersikap terbuka jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin kekal dalam Kabinet meskipun selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presiden PKR itu berkata ini akan membolehkan Dr Mahathir terus menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

“Saya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan, bagaimanapun saya terbuka kepada idea tersebut kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada negara berdasarkan pengalaman beliau yang begitu luas.

“Ia juga akan membantu dari segi mendapatkan peralihan kuasa yang lebih aman dan pada masa yang sama, menggerakkan ekonomi negara ke hadapan,” katanya kepada pemberita di luar Simposium ‘The Construct of a Nation: As I See It’ anjuran Universiti HELP di sini.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menganggotai Kabinet sebelum peralihan kuasa.

Bagaimanapun, Anwar berkata sama ada beliau mahupun Dr Mahathir tidak seharusnya diberi tekanan berhubung isu peralihan kuasa.

Beliau berkata negara sepatutnya memfokus kepada isu lain seperti situasi ekonomi atau penularan jangkitan COVID-19 berbanding isu peralihan kuasa.

Ditanya sama ada beliau akan meminta tarikh yang tepat bagi penyerahan pucuk kepimpinan negara, Anwar berkata: “Tidak, kami akan mengadakan perbincangan mengenai tarikh itu.

“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa ia akan berlaku selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), jadi kami akan menyelesaikan perkara ini dan saya rasa sesiapa pun tidak patut diberi tekanan,” katanya.

Anwar menegaskan Dr Mahathir harus diberi kebebasan untuk memerintah dan berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan keikhlasan Perdana Menteri.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production