Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi

Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu telah berkongsi sekeping gambar dilaman facebooknya bersama Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin untuk membincangkan isu-isu semasa ekonomi.

Dalam status dimuat naik itu tidak dinyatakan di mana lokasi pertemuan itu berlaku, Anwar dan Daim kelihatan santai ketika gambarnya dirakamkan.

“Perbincangan dengan Tun Daim mengenai keadaan ekonomi semasa dan pengukuhan agensi-agensi Bumiputera, termasuk beberapa perkembangan kontemporari.” ujarnya.

Kedua-duanya adalah bekas menteri kewangan.

Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, pada tahun 1991 manakala Daim sebagai menteri kewangan dalam kabinet yang pernah dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat perdana menteri ke-4.

Walaupun Anwar dan Daim tidak secara rasmi berada dalam kabinet Pakatan Harapan kini, mereka masih menggunakan pengaruh bersama apabila mereka menjadi utusan khas negara ini ke China pada Julai lalu bagi menyelesaikan isu-isu ekonomi dan hubungan dua hala  Malaysia-China.

COMMENTS

Wordpress (0)