Malaysia Dateline

Anwar buat kenyataan bersama pimpinan Hamas bantah tindakan Israel

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan bantahan keatas kezaliman dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk keganasan di Baitulmaqdis.

Beliau menerusi ciapannya membuat kenyataan bersama dengan Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mashal di Istanbul Turki pada Rabu.

Anwar berkata, beliau dan kerajaan Malaysia tentunya akan terus  memperjuangkan dan  mempertahankan hak Palestin

“Antara isu yang dibincangkan ialah mengukuhkan sokongan kita kepada perjuangan sahih rakyat Palestin terutama bila menghadapi percubaan untuk menawan, merampas Baitulmaqdis yang menjadi satu pusat ibadah dan pusat Islam yang pentingdan ini yang kita bantah,” katanya menerusi video.

Sementara itu, Khaled Mashal yang juga bekas Pengerusi Hamas (1996-2017) berkata, beliau kagum dengan pendirian Malaysia bersama-sama mempertahankan hak rakyat Palestin.

“Malaysia antara negara Islam yang kami banggakan, bukan sahaja dari sudut pendiriannya terhadap kawasan kami dan isu Palestin, malah juga dari sudut pencapaian ekonomi yang mantap.

“Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Malaysia menyokong rakyat kami secara rasmi dan patriotik, kerana Malaysia juga merupakan negara Islam yang dihormati.

“Kami mahu membebaskan rakyat kami daripada penjajahan Israel, hidup dengan bebas di atas tanah sendiri membina kerajaan yang bebas dengan mempunyai kuasa pemerintahan ke atas tanah ini,” katanya.

Pada Isnin tentera regim Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas yang mengenai sebuah rumah di Tel Tel Aviv.

Serangan pada Isnin tercetus selepas tujuh penduduk Israel tercedera berdekatan Tel Aviv susulan serangan roket Hamas.