Anwar calon PM jika Pakatan Harapan menang, kata Bendahari PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan rakan-rakan sekutunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak sekali-kali mencalonkan pemimpin lain selain Datuk Seri  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Anwar calon PM jika Pakatan Harapan menang, kata Bendahari PKR

Datin Paduka Tan Yee Kew

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan rakan-rakan sekutunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak sekali-kali mencalonkan pemimpin lain selain Datuk Seri  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Bendaharinya, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, mesej yang disampaikan beliau itu jelas untuk pengetahuan kepada rakan sekutu lain termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Anwar tetap pilihan utama kami sebagai Perdana Menteri dan parti lain tidak ada hak untuk menamakan orang lain termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamed mahu pun Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya memberi peringatan ini kerana masih ada perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin PH sendiri termasuk PPBM mengenai siapa yang akan mengetuai kerajaan Persekutuan sekiranya PH menang,” katanya dalam kenyataan media  semalam seperti dipetik.

Yee Kew mengakui, berdasarkan desas desus parti komponen dalam Pakatan Harapan, ada yang mahu mengangkat pemimpin masing-masing sebagai Perdana Menteri.

“Saya sebagai pemimpin PKR mengatakan tidak. Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan  ialah tetap Anwar,” tegasnya.

Kata beliau, nama Anwar telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Konvensyen Pakatan Harapan 2016 yang bersidang akhir tahun lalu.