Anwar dalam pemantau doktor alami tekanan darah kurang stabil

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami masalah tekanan darah kurang stabil hari ini.

Beliau dikejarkan ke HKL pada jam 2 petang tadi kini dalam pemantauan doktor dan pada masa sama beliau masih memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahunya.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataannya turut berkata, Anwar menggesa semua untuk terus berusaha membawa perubahan.

“Beliau turut mengingatkan pimpinan Kadilan dan Pakatan Harapan untuk memberi keutamaan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat, termasuk isu salah tadbir ekonomi yang perlukan penyelesaian ‘Change is imminent’,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS