Anwar dibenar lawat Azizah di hospital

Oleh HAZAYANI ZAKARIA

Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kebenaran melawat isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dimasukkan ke Kampung Baru Medical Centre (KBMC) siang tadi.

Anwar dikawal ketat oleh pihak penjara Sungai Buloh Anwar diberi kebenaran berada di hospital bersama Azizah dan ahli keluarga yang lain kira-kira dua jam petang tadi dengan dikawal ketat oleh pihak keselamatan.

Menurut sumber, Azizah yang juga Presiden PKR dimasukkan ke hospital selepas beberapa hari tidak sihat.

Sementara itu, Setiausaha Politik beliau, Rodziah Ismail dalam kenyataan malam ini memaklumkan, keadaan Azizah setakat ini tidak membimbangkan.

“Namun atas nasihat doktor pihak kami terpaksa menghadkan pelawat kepada keluarga terdekat sehingga pihak doktor mengizinkan.

“Ini adalah untuk memberikan beliau ruang yang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang.

“Sama-sama kita mendoakan agar Dr Wan Azizah akan cepat sembuh dan kembali bertugas,” katanya.