Anwar dibenar ziarah jenazah adik buat kali terakhir

Anwar dibenar ziarah jenazah adik buat kali terakhir

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari penjara Sungai Buluh untuk menziarahi adiknya, Rehan Ibrahim buat kali terakhir.

Anwar melihat wajah adiknya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.Anwar tiba di rumah Rehan atau lebih dikenali Mak Lang di kalangan keluarga Anwar pagi ini dengan dikawal ketat pengawal dari Sungai Buluh.

Rehan meninggal dunia malam tadi dan dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Jenazah beliau kini berada di rumahnya, di kampoung Teras Jernang, Bangi.

Turut berada di sana ketika Anwar tiba adalah pengarah pilihan raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan lain-lain pemimpin PKR dan sahabat keluarga Anwar.

Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam postingnya di facebook turut memaklum Anwar dibawa ke Teras Jernang pagi tadi.

“Sedih mengenangkan pemergian ramai orang tersayang tanpa beliau dapat berada di sini kerana terpaksa dipisahkan oleh tirai besi penjara,” tulis Ketua Pembangkang yang menggalas tugas Anwar itu.

TAGS