Anwar dibenarkan kembali ke Hospital Rehabilitasi

Anwar dibenarkan kembali ke Hospital Rehabilitasi

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin pulih.

Kata beliau, doktor-doktor juga telah mengesahkan bahawa beliau telah dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur, setelah beliau dimasukkan awal pagi tadi akibat kadar denyutan jantung yang rendah.

“DS Anwar kini telah kembali ke Hospital Rehabilitasi di Cheras untuk terus dipantau doktor serta meneruskan fisioterapi untuk membaikpulih bahu kanan beliau.

“KEADILAN mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang telah merawat dan menjaga kesihatan DS Anwar di HKL,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Katanya lagi, pihaknya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesihatan buat DS Anwar.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES