Anwar dikunjungi Guan Eng dan Azmin

Guan Eng menziarahi Anwar ketika bekas ketua pembangkang itu menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Ketua umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerima kunjungan para pemimpin negara ketika menerima rawatan bahu kanannya di hospital.

Semalam, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibenarkan menziarahi bekas timbalan perdana menteri itu di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Timbalan pengarah dasar kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, menteri besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali turut menziarahi Anwar pada 27 November lalu di Hospital Kuala Lumpur.

“Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana laporan oleh pakar-pakar adalah semakin baik,” jelas Supri.

Ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, Anwar turut menerima lawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet.

7.5
OVERALL SCORE
: 5.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS