Anwar dipanggil ke Istana jam 12 tengahari

Poster Kempen Jelajah BebasAnwar

Kempen untuk bebaskan Anwar sampai ke penghujung hari ini apabila Anwar bakal dibebaskan.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang Dipertua Agung jam 12 tengahari ini di Istana Negara, kata timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Azmin, beliau kini membawa surat dari Istana Negara untuk diserahkan kepada Anwar yang masih berada di Hospital Rehabilitasi Sungai Cheras, Kuala Lumpur.

“Saya sekarang membawa surat dari Istana Negara yang memanggil Datuk Seri Anwar menghadap Yang Dipertua Agung jam 12 nanti. Datuk Seti Wan Azizah dan saya akan bersama Datuk Seri Anwar nanti,” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Anwar dijangka akan diampunkan hari ini oleh Majlis Pengampunan dan akan dibebaskan selepas itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah mengesahkan akan menyertai mesyuarat Majlis Pengampunan itu.

 

3.3
OVERALL SCORE
2 user votes x 5.0
CATEGORIES