Malaysia Dateline

Anwar diperkenan menghadap Agong 13 Oktober

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober depan.

Baginda dimaklumkan telah memperkenankan Anwar untuk menghadap pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Anwar akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti yang diumumkannya sebelum ini

Terdahulu, majlis menghadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ditangguhkan selepas Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan selepas mengadu kurang sihat.

Anwar ketika itu membuat pengumuman bahawa beliau telah memperoleh sokongan besar dan kukuh untuk merampas kembali kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia termasuk desas desus yang mengatakan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut menyatakan sokongan Anwar sebagai Perdana Menteri.