Apabila Anwar Ibrahim selaku Pengerusi HARAPAN Malaysia mengumumkan beliau akan merampas Parlimen Tambun daripada pengkhianat, saya lihat ini adalah satu langkah paling berani yang dibuat oleh Anwar dan HARAPAN.
Bukan setakat berani, tetapi inilah satu tanda betapa besarnya makna PRU kali ini bagi Anwar dan HARAPAN.
Tak mudah untuk ketua parti dan gabungan malah calon PM menaruh nasib di kerusi yang punya risiko yang tinggi.
Bererti jika Anwar kalah di Tambun, tiadalah Anwar sebagai Perdana Menteri. Jika menang Anwar di Tambun, HARAPAN lah akan memerintah Malaysia.
Meski pun risikonya ada, Anwar berani dan memilihnya sebagai satu solidariti bahawa Anwar sanggup berkorban untuk menggembleng sokongan rakyat kepada HARAPAN.
Rakyat perlu jelas, ini mungkin perhitungan yang benar-benar dahsyat, namun atas perjuangan menghambat pengkhianat dan membasmi kemiskinan, ia memilih jalan tersebut.
Ini isyarat yang jelas kepada rakyat, maka fikirkanlah betapa benar-benar perlunya sebuah kerajaan yang berwibawa disaat ini sehingga Anwar sanggup berlabuh di Tambun untuk memastikan kerusi HARAPAN cukup untuk membentuk kerajaan.
Jika Anwar dan HARAPAN hanya melihat perjuangan disulami dengan kepentingan parti dan sendiri, boleh sahaja Anwar memilih kerusi kubu kuat HARAPAN.
Tapi ini benar-benar kesungguhan yang ditunjukkan untuk memobilisasikan kuasa rakyat untuk menurunkan pengkhianat dan perosak negara.
Golongan guru khususnya yang terdiri daripada golongan terpelajar dan berfikir mesti menilai langkah politik ini dan membuat keputusan.