Anwar Ibrahim akan dibebaskan Selasa ini

Anwar Ibrahim akan dibebaskan Selasa ini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas kesalah liwat akan dibebaskan Selasa ini.

Perkara tersebut telah disahkan oleh anaknya Nurul Izzah Anwar, menurut laporan Reuters.

Jumaat lalu isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengumumkan bahawa Anwar telah mendapat pengampunan daripada DYM Yang diPertuan Agong dan akan dibebaskan secepat mungkin.

Menurut beliau, proses pembebasan berkenaan mungkin mengambil masa seminggu.