Malaysia Dateline

Anwar Ibrahim dan madrasah Nabi Yusuf A.S

Sheikh Bediuzzaman Said Nursi di dalam karya beliau, Madarasah Yusufiyah, menjelaskan pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf a.s. Beliau a.s. di fitnah dan mendiami penjara bertahun-tahun lamanya dengan kesanggupan dan kecekalan yang tiada banding nya.

Penjara sebaliknya menjadi “madrasah” yang mendidik untuk menjadi pemimpin yang ulung melalui pelbagai rintangan dan kesusahan. Penjara menjadi tempat “istirehat” kepada pembentukan ruhaniah dan peningkatan ilmu melalui masa yang cukup banyak untuk “contemplate” mengenai ketuhanan dan kemanusian. Disinilah juga beliau a.s. mempertajamkan pengamatan dan kefahaman.

Anwar Ibrahim adalah satu-satu nya pemimpin ulung yang melalui madrasah yang serupa. Beliau dipenjara lebih 11 tahun kerana fitnah yang cukup besar (fitnah ‘azeem) yang mengoncangkan kepercayaan. Sesiapa yang pernah melalui pengalaman penjara mengerti apa maknanya penjara. Beliau juga melalui fitnah dan serangan peribadi tak henti kunjung tiba.

Allah memberikan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kepada Nya milik mutlak dan hakiki kekuasaan (Al-Mulk). Allah hanya memberikan kuasa kepada sesiapa atas satu-satu sebab sahaja, iaitu “Khair”, demi kebaikan dan kesejahteraan makhluk Nya.

Didalam kes Nabi Yusuf dan banyak persamaan nya dengan Anwar Ibrahim hari ini, beliau keluar dari penjara dan akhir nya memegang tampuk kuasa diatas sebab untuk mengelakkan negara daripada bencana dan bahana besar. Iaitu perpecahan masyarakat dan kegawatan dunia dan negara yang sudah dan bakal melanda.

Dua sifat utama yang perlu ada yang dinyatakan dalam kisah Nabi Yusuf, iaitu: Inni Hafiizun ‘Aliim. Saya adalah seorang yang boleh menjaga/menjamin dan berpengetahuan (“knowledgeable and experienced).

Inilah tugasan besar yang dipikul Anwar Ibrahim. Menjaga negara dari segala bahana menimpa, dalam bentuk perkauman dan keagamaan yang meruncing, menyatukan negara, dan menyiapkan negara menghadapi krisis ekonomi yang sudah pun mula melanda bermula dari pandemik Covid19.

Beliau bukanlah Nabi Yusuf yang maksum. Tetapi tugasan dan tanggungjawab beliau adalah berat dan besar. Berhentilah memfitnah beliau dengan segala cerca dan makian, dan sebalik nya kita mestilah bersama-sama membantu dan mengangkat bebanan dan masalah yang ditimpakan kepada masyarakat. Siapa yang masih meneruskan amalan durjana ini pasti akan menyesal kemudian hari. Bersama kita pastikan ugama Islam akan terangkat kepada kemulian nya, dan bangsa akan lebih terjamin, terutama nya bangsa Melayu yang sememangnya tunggak penduduk negara.

Saya tidak bersama Anwar Ibrahim dalam perjalanan beliau di penjara dan keluar penjara. Tetapi sesiapa yang mengenali saya mengetahui bahawa hakikat nya saya bersama beliau dalam setiap langkah dan liku yang dilalui didalam pelbagai tribulasi.

Hari ini Mulk (kuasa), Allah anugerahkan kepada beliau untuk menunaikan kebaikan dan kesejahteraan negara. Untuk itu saya bersujud syukur ke hadrat Ilahi dan bermula lah fasa perjalanan perjuangan seterus nya kehadapan.

Kepada Allah kita bertawakkal, Dialah sebaik-baik pemulihara.

Baca jaga: Lebih 60 bekas menteri, pegawai kerajaan pernah ditembak mati akibat rasuah

:

Baca juga: