Anwar Ibrahim diberi pengampunan penuh

Anwar Ibrahim diberi pengampunan penuh

Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi pengampunan penuh oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan  Ab. Aziz, rayuan pengampunan DS Anwar telah dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-15 hari ini.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah dan diberikan pengampunan penuh kepada DS Anwar Ibrahim,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta berkuatkuasa mulai tarikh mesyuarat berkenaan iaitu hari ini.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS