Malaysia Dateline

Anwar ingatkan Wanita, menangkan semua calon untuk bolehkan Harapan ke Putrajaya

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingat semua jentera dan penyokong gabungan itu untuk pastinya semua calon Harapan menang.

“Pastikan semua calon kita samada dari Keadilan, Amanah atau DAP dan juga Upko serta rakan-rakan yang kita sedang berunding menang kerusi mereka.

“Hanya dengan cara ini saja kita boleh menebus maruah kita dan kembali ke Putrajaya,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Iltizam Wanita & Jentera Pilihan Raya PRU-15 Pakatan Harapan di Shah Alam petang tadi.

Sebahagian jentera Wanita Harapan di majlis pelancaran iltizam mereka.

Menurut Anwar, jentera Harapan tidak boleh memilih untuk menangkan calon mana kerana semua calon yang menggunakan logo Harapan perlu dimenangkan.

“Hanya dengan cara ini boleh kembali ke Putrajaya, ” kata Anwar merujuk kepada tindakan mercuri kerajaan Pakatan Harapan yang menang dalam PRU 14 lalu.

Anwar dalam sidang media selepas pelancaran majlis.

Dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu, Anwar berkata, Majlis Presiden Harapan berusaha untuk memastikan sekurang-kurangnya 30% calon mereka adalah wanita.

“Kita berusaha untuk pastikan sekurang-kurangnya 30% adalah calon wanita. Kalau lebih lagi bagus,” kata Anwar.

Anwar juga berkata, majlis hari ini membuktikan kekuatan dan kesediaan wanita Harapan menghadapi PRU 15 nanti.

“Majlis ini menyerlahkan kesediaan wanita Harapan untuk hadapi PRU 15,” kata Anwar yang disertai oleh isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Perdana Menteri yang pertama di kalangan wanita.

Majlis gilang gemilang petang tadi menghimpunkan jentera wanita Harapan dari seluruh negara.