Anwar jumpa Habibie rai 20 tahun Reformasi Indonesia

Anwar jumpa Habibie rai 20 tahun Reformasi Indonesia

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berangkat ke Jakarta, Indonesia atas jemputan sempena meraikan 20 tahun Reformasi Indonesia.

“Hari ini saya ke Jakarta atas undangan mantan Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie, sempena sambutan ulangtahun ke-20 Reformasi Indonesia.

“Tahun 1998 adalah tahun keramat bagi Malaysia dan Indonesia,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Jelas Anwar, 21 Mei 1998 diingati rakyat Indonesia sebagai tarikh jatuhnya rejim Orde Lama dan bermulanya zaman peralihan kuasa serta pengukuhan institusi-institusi demokrasi yang berlaku dengan pentadbiran Presiden BJ Habibie.

Manakala 2 September 1998 diingati rakyat Malaysia sebagai tarikh bermulanya kejatuhan rejim Barisan Nasional (BN) yang akhirnya selesai hampir dua dekad kemudian pada 9 Mei 2018, kata beliau.

“Saya percaya pertemuan dan perbincangan dengan Presiden Habibie akan mengeratkan lagi hubungan di antara dua negara kita, serta memperkukuh iltizam melaksana agenda reformasi di Malaysia,” katanya.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0