Anwar jumpa Tun M bincang perkasa parlimen

Anwar jumpa Tun M bincang perkasa parlimen

Selepas menunaikan solat Jumaat semalam, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Dalam pertemuan tersebut kedua mereka telah mengadakan perbincangan tentang pelbagai isu.

“Perbincangan melibatkan banyak perkara, antaranya isu-isu politik mutakhir di dalam dan luar negara, selain turut disentuh adalah soal reformasi dan pembaharuan di Parlimen yang ternyata produktif dan positif,” memetik maklumat dalam Facebooknya.

Katanya, beliau turut menegaskan bahawa Parlimen perlu menjadi kuasa imbang yang baik kepada Kabinet dan Eksekutif dan ia mendapat respons yang baik daripada Perdana Menteri.

Pada pertemuan itu Tun Mahathir sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Anwar Ibrahim.

6.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 10.0
CATEGORIES