Malaysia Dateline

Anwar kena buktikan ikut proses perlembagaan, kata Muhyiddin

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau yang mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata, dakwaan Anwar hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Malah katanya, tanpa malalui proses tersebut, kanyataan Datuk Seri Amwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini.

“isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terkini, Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson yakin beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.

Menerusi satu sidang media tergempar di Kuala Lumpur, beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Sehingga saat ini, AMANAH dan DAP tegas menyatakan pendirian menyokong pimpinan Anwar.