Malaysia Dateline

Anwar kesal kerajaan masih belum respon gesaan tangguh projek mega di kala banjir

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalannya apabila kerajaan seolah-olah tidak serius dalam membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

Beliau berkata, beberapa hari yang lalu beliau telah menyatakan gesaannya agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini.

Namun masih belum ada maklum balas biarpun beliau juga memintar agar kerajaan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas.

“Sehingga hari ini, masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan terkait gesaan tersebut.

“Kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius dalam membela dan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya sekali lagi ulangi gesaan terhadap kerajaan untuk betindak pantas dan selesaikan segala permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.