Anwar lahir simpati ribut di Kompleks Pas Kedah

Anwar lahir simpati ribut di Kompleks Pas Kedah

Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa bencana ribut yang melanda Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, tempat berlangsungnya Muktamar Pas ke-63, malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Nurul Izzah Anwar yang juga naib presiden PKR hari ini.

“Saya baru menerima mesej daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut melahirkan simpati di atas kejadian ribut taufan yang melanda negeri Kedah, termasuklah di kala muktamar Pas sedang berlangsung.

“Kami mendoakan kesejahteraan disusuli dengan pemulihan bagi kesemua mangsa yang terlibat,” kata Nurul Izzah.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 malam semalam, 19 orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri apabila sebuah khemah menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki) di Kompleks Pas Kedah ranap dipukul ribut.

Sementara itu, Anwar juga mengucapkan tahniah kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding dan pelantikan semula Mursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin serta menyambut baik ucapan kedua-dua pimpinan parti Islam itu.

“Semoga seluruh saf pimpinan baru terus istiqamah menegakkan keadilan dan menolak kezaliman dan rasuah,” katanya yang ditahan di penjara Sungai Buluh.

COMMENTS

Wordpress (0)