Anwar, Mahathir kongsi pentas di Port Dickson

Anwar, Mahathir kongsi pentas di Port Dickson

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson malam ini menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkongsi pentas bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kali pertama Ketua Umum PKR itu  berucap sepentas dengan Mahathir selepas 20 tahun dengan disaksikan kira-kira 6,000 hadirin di PD Waterfront di Port Dickson.

Terdahulu, majlis gamat dengan kehadiran Dr Mahathir pada pukul 10.10 malam dengan tepukan gemuruh orang ramai dan laungan ‘Hidup Tun’.

Kempen PRK Port Dickson malam ini juga menyaksikan kehadiran ramai pemimpin PH daripada sejumlah Menteri Kabinet iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Boon Chye.

Turut hadir  Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mon

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS