Anwar mahu rakyat beri peluang kepimpinan kerajaan  PH

Anwar mahu rakyat beri peluang kepimpinan kerajaan PH

Turut hadir kepimpinan utama PH antaranya  terdiri daripada Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengingatkan rakyat memberi peluang dan ruang kepada kepimpinan Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan agenda reformasi pentadbiran negara.

“Ini era menegakkan keadilan. Kita sudah pilih dan patut bagi ruang penuh kepimpinan Tun Mahathir untuk mengendalikan negara.

“Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai timbalan menteri dan menteri kanan dan menteri kabinet mereka harus diberi peluang menjalankan tugas dengan baik.

“Jika ada kekurangan kita tegur mereka. Jika mereka bermewah lebih-lebih kita ‘terajang’ mereka. Ini yang dikatakan kuasa rakyat kerana diberi mandat untuk membela rakyat,” ujarnya.

Beliau berucap dalam Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur malamtadi yang disaksikan lebih kurang 30,000 penyokong Pakatan Harapan untuk menyaksikan kemunculan pertama tokoh reformasi itu yang dibebaskan tanpa syarat setelah mendapat pengampunan Lembaga Pengampunan Diraja hari ini.

Buat pertama kalinya malam ini ceramah Pakatan Harapan mendapat liputan semua stesyen telivisyen dan disiarkan secara langsung malam ini untuk ditonton oleh rakyat Malaysia.

Anwar,71, berkata, Malaysia yang mempunyai sebuah negara yang kaya dari segi hasil buminya telah disalahguna oleh sebahagian pimpinan negara terdahulu untuk meraih kekayaan bagi kepentingan peribadi.

“Kita bagi mandat untuk bela nasib rakyt yang miskin dan melarat.

“Tetapi harga barang melambung, harga minyak dan tol naik, pengangguran berlaku.

“Pelaburan luar negar datang dari China tetapi mengapa rakyat merempat.

“cukuplah… cukup, negeri ini kaya mengapa izinkan beberapa kerat orang mengondol kekayaan dan merompak khazanah negara.

“Kita akan bangkit memastikan perkara ini pada 9Mei lalu…siapa jangka (boleh menang).

Jentera semua parti dan kaum untuk jadi pemimpin PH jangan lupa kita layak untuk merasa (kemenangan) bila kita rasa anak Melayu anak kita, anak india anak kita, anak cina anak kita,anak dayak anak kita, anak kadazan anak kita… akhirnya Musa Aman terguling di Sabah,” ujarnya yang mendapat sorakan penyokong.

Menurut Anwar lagi, pimpinan PH harus beri kepercayaan, keyakinan dan persepsi kepada rakyat bahawa PH adalah sebuah muafakat yang tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak terutama Umno.

“Sokongan kita harus membulat dan padu. Jika orang nak baik dengan kita kita kena baik. Jika kamu merompak, tindas rakyat ambil wang 1MDB jangan berbaik.

“Saya tidak akan sokong tun Mahathir jika saya tidak yakin beliau akan membawa perubahan ke arah kebaikan negara kita. Saya sokong Tun Mahathir kerana saya yakin dia dan pasukannya..team ini komited untuk bawa perubahan dan kebaikan.” ujarnya.

Anwar berkata dengan penghapusan GST menunjukkan langkah awal kerajaan PH peduli rakyat bukan hanya beratorik untuk mengambil hati rakyat.

Himpunan dimulakan dengan ucapan beberapa pemimpin PH sebelum bersama penyokong melakukan solat magrib, solat hajat dan solat Isyak dan solat tarawih.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS