Anwar masih tak pakai tali leher selepas 2 tahun jadi PM, ini sebabnya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kalau anda perasan, sejak mula menjawat jawatan Perdana Menteri lagi Dato Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memakai tali leher. Ada yang beranggapan mungkin hanya mengejar masa, maka PMX tak sempat nak menyarungnya.

Namun sudah hampir 2 tahun memegang tampuk kepimpinan, beliau masih dengan pemakaian tanpa bertali leher kecuali jika menghadap Yang di-Pertuan Agong. Apa mesej yang PMX nak sampaikan sebenarnya?

Di saluran X, seorang pemuda membahaskan isu ini. Nik Amirul Faiz berkongsi pandangan ini mengenai apa makna sebenar disebalik pemakain tali leher.

Katanya simbolik tali leher itu dikaitkan dengan konsep perhambaan dahulu kala yang sering meletakkan gelang rantai besi pada leher manusia yang dimiliki si tuan.

“Berdasarkan dapatan saya, simbol tali leher ni ada banyak makna mengikut budaya-budaya pelbagai.

“Yang menariknya, tali leher ni memberi makna simbol penyerahan dan perhambaan terhadap masyarakat elit yang korup.

“Simboliknya apabila diikat keliling leher,”

“Jadi saya rasa Anwar tidak memakai tali leher secara konsisten memberi makna yang beliau tidak akan menyerah dan memperhambakan diri kepada geng-geng elit yang korup.

“Ini mungkin satu kenyataan halus yang cuba disampaikan oleh beliau kepada orang awam,” katanya.

Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Beliau juga berpendapat Anwar masih menghormati Yang di-Pertuan Agong dengan memakai tali leher jika datang menghadap baginda.

“Satu-satunya masa yang beliau pakai tali leher adalah semasa menghadap atau majlis bersama Yang di-Pertuan Agong.

“Mungkin memberi makna yang beliau taat dan patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong ke atas beliau,”

Dalam pada itu Nik Amirul Faiz sempat memuji Anwar jika benar mesej yang ditafsirnya itu dan berharap agar orang ramai agar lebih peka dengan tindak-tanduk pemimpin.

tie 5

Anwar bersama barisan kabinet menteri kesemuanya tidak memakai tali leher

“Sebagai pemimpin, mesej ini sangat bagus dan membuka minda orang awam untuk menilai setiap gerak-geri dan perwatakan pemimpin tersebut.

“Dan wajarnya ia ditunjukkan oleh ketua organisasi kepada umum,”

Namun begitu, dia mengakui tafsirannya mungkin salah dan berlebihan.

“Ini hanya firasat saya. Mungkin Datuk Seri @anwaribrahim tak bermaksud begitu?

“Jika ya pun apa salahnya. Kami hargai gesture tersebut agar ia menjadi peringatan kepada kita.

“Teruskan bertugas memulihkan negara Datuk Seri. Selagi ia untuk kebenaran, Allah sentiasa bersamamu,”

Melihat ke ruangan komen di saluran X, rata-rata netizen terpukau dengan tafsiran sedemikian kerana ia sememangnya memerlukan pemikiran luar kotak.

Namun ada juga netizen yang menyangkal tafsiran tersebut dengan mengatakan Anwar tidak memakai tali leher kerana cuaca tropika yang panas.

“Paling best kita decode macam-macam teori, rupanya dia rimas je sebenarnya.”, usik seorang lelaki.

“Ye ke ni? Ke tak pakai sebab tak sesuai dengan iklim Malaysia yang panas,” kata netizen yang lain.

baca: Ramalan netizen rupanya benar belaka, anggota Exists dedah misteri lagu Alasanmu