Anwar masuk CCU HKL awal pagi selepas disuntik steroid

Anwar masuk CCU HKL awal pagi selepas disuntik steroid

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur pada jam1 pagi tadi setelah didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.

Dalam satu kenyataan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menjelaskan suntikan steroid telah diberi pada Sabtu lalu, setelah Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahaan beberapa bulan lalu.

Kadar denyutan janting beliau rendah dan membimbangkan. Walau bagaimanapun, PKR difahamkan keadaan beliau kini stabil.

Dimaklumkan juga tahap kesihatannya  setakat hari ini dalam keadaan stabil dan perkembangan kesihatannya akan dimaklumkan PKR dari semasa ke semasa.

PKR dan ahli keluarga Anwar memohon semua untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau yang dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun depan.

CATEGORIES