Anwar menang majoriti 23,560  di Port Dickson melebihi PRU14

Anwar menang majoriti 23,560 di Port Dickson melebihi PRU14

SPR mengumumkan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk PRK Port Dickson.

Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang majoriti 23,560 undi  dengan jumlah undi sebanyak (31,0 6 undi sekali gus  menewaskan 6 pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK ) Port Dickson hari ini.

Tiga pesaing terdekat daripada calon Pas Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar memperoleh 7,456 undi  diikuti dua calon bebas Tan Sri Mohd Isa Samad memperoleh 4,230 undi dan Saiful Bukhari Azlan hanya memperoleh 82 undi.

Manakala tiga lagi calon Bebas Stevie Chan (337 undi);  Kan Chee Yuan (154) dan Lau Seck Yan 214 undi.

Jumlah undi rosak  598 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairy Maamor di Pusat Penjumlahan Undi PRK Port Dickson yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada jam 9.17 malam ini.

Anwar hadir ditemani  Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pada jam 8.58 malam tadi.

Sebelum pengumuman dibuat semua calon bertanding diminta naik ke pentas oleh pegawai pengurus PRK Port Dickson.

Pusat pembuangan undi yang dibuka jam 8.00 pagi tadi tutup pada jam 5.30 petang ini dengan jumlah keluar mengundi sekitar 58.3 peratus sahaja yang mana ia masih tidak mencapai sasaran SPR untuk memperoleh 70 peratus keluar mengundi.

Keputusan rasmi SPR untuk PRK Port Dickson.

Namun peratusan keluar mengundi di PRK Port Dickson lebih baik daripada tiga PRK di Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.

Ramai pimpinan Pakatan Harapan hadir seawal jam 8.00 malam sejurus keputusan tidak rasmi kemenangan calon Pakatan Harapan memihak kepada Ketua Umum PKR  itu. Dewan sesak dengan pemimpin parti, pemerhati, dan dalam kalangan media yang bertugas pada PRK Port Dickson sejak kempen berlangsung selama 11 hari.

Antara yang awal hadir Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim, Setiausaha PKR Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden  PKR  Nurul Izzah Anwar. Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan merangkap Speaker Dun Zulkifli Mohd Omar,  Timbalan Speaker Dun Ravi A/L Munusami dan beberapa pimpinan parti  PH di negeri dan pusat.

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang hadir meraikan kemenangan Anwar.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Suasana di pusat pengiraan undi PRK Port Dickson.

Kerusi tersebut yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (Barisan Nasional) serta Sri Tanjung (PKR).

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (2 peratus).

3.3
OVERALL SCORE
2 user votes x 5.0
CATEGORIES