Anwar minta pimpinan, ahli PKR tidak desak Tun M berundur

Anwar minta pimpinan, ahli PKR tidak desak Tun M berundur

Semua pemimpin dan ahli PKR diminta tidak membuat sebarang kenyataan yang bersifat menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada perkara yang berubah dalam kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya melibatkan dirinya menggantikan Dr Mahathir apabila tiba masanya kelak.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, bagaimanapun hal tersebut seperti terdapat cubaan untuk mensabotaj kelancaran peralihan jawatan berkenaan.

“Setakat Tun (Dr. Mahathir) dan saya bimbang, tiada apa yang berubah,” memetik laporan Free Malaysia Today malam ini.

Anwar mengulas gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pada 14 Ogos lalu bahawa sudah tiba masa untuk Dr Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri.

Menurut pemimpin PKR itu, Dr Mahathir jelas kelihatan tidak dapat menangani banyak isu dalam negara pada masa ini.

Dakwanya lagi, Dr Mahathir seolah-olah hilang punca untuk berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu isu kaum, agama dan raja.