Malaysia Dateline

Anwar nafi ada syarikat di Bursa Saham

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau memilik saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Presiden PKR itu berkata, khabar angin yang cuba mengaitkan dirinya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu para pembeli saham.

“Ini adalah tidak benar sama sekali.

“Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu para pembeli saham,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Justeru, Anwar meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Agar pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu,” katanya.