Anwar nafi masalah puak punca pemimpin tidak hadir konvensyen

Anwar nafi masalah puak punca pemimpin tidak hadir konvensyen

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan masalah kepuakan dalam PKR punca sejumlah pemimpin tinggi parti itu tidak hadir di Konvensyen PKR Pulau Pinang di Bukit Mertajam hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, konvensyen parti tersebut dihadiri oleh 90 peratus perwakilan.

“Sejumlah 90 peratus kehadiran bukan kepuakan (factionalisme). Orang selalu kata kita ada (masalah) puak. Di Johor, kehadiran 100 peratus. Semua cabang hadir. Mereka yang tak hadir, anda tanyalah mereka.

“Di Selangor, Menteri Besar Amirudin Shari berjumpa untuk membincangkan konvensyen seterusnya. Ini positif.

“Untuk satu ada dua peratus (yang tak hadir), siapa ada 100 peratus dalam dunia ini?” dipetik dari Malaysiakini.

Anwar berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan ucapan di konvensyen itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa pemimpin seperti Anggota Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin tiada di konvensyen hari ini.

Jelas Anwar, menghadiri sebuah konvensyen di Kuala Lumpur, manakala Afif kini di Amerika Syarikat.

“Saya tidak tahu sebab Mansor tak hadir,” katanya lagi.