Anwar nyanyi bersama Alleycats

Anwar nyanyi bersama Alleycats

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu ‘Sampaikan Salam’ bersama penyanyi Alleycats, David Arumugam di Shah Alam sempena majlis makan malam parti itu malam tadi.

Terdahulu, Arumugam mempelawa Anwar naik ke pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu yang terkenal sekitar 1980-an itu.

Penyanyi berkenaan memuji Anwar sejurus melihat Ahli Parlimen Port Dickson itu bangun dan berjalan menuju ke pentas.

“That’s a sporting man,” katanya.

Selanjutnya, Anwar berjaya menamatkan lagu berentak rancak itu meskipun banyak dibantu Arumugam.

Majlis tersebut diadakan sempena pelantikan Anwar sebagai Presiden PKR yang baru dalam pemilihan lalu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Kerja Raya, Baru Bian serta Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari.