Malaysia Dateline

Anwar pakai capal – Apa kata Pekeliling Perkhidmatan?

Penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra semalam dengan mengenakan baju Melayu lengkap bersamping dan capal menarik perhatian orang ramai.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh berkata pemakaian capal lengkap berbaju Melayu dan bersamping juga tertakluk pada pemakaian rasmi penjawat awam.

“Anwar merupakan ‘man by the book’ dan ini merupakan satu tamparan terhadap mereka yang sebelum ini pernah memfitnah beliau sebagai agen Yahudi dan liberal,” katanya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 turut mencatatkan bahawa selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Sementara itu tercatat juga dalam pekelilingsama, pakaian baju Melayu lengkap bersamping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang, pakaian baju Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan.

Baca juga Anwar mampu bawa reformasi dalam Kerajaan Perpaduan

Baca juga Taksub buat rambut seperti Ronaldo pihak sekolah halau murid masuk kelas