Malaysia Dateline

Anwar persoal adakah adil hukuman mati dijatuhkan ke atas orang yang cacat akal?

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan adakah adil hukuman mati dijatuhkan terhadap orang yang cacat akal?

Beliau mempersoalkan perkara itu merujuk kepada seorang warga Malaysia akan dijatuhkan hukuman mati di Singapura hari ini.

Nagaenthran Dharmalingam warga Malaysia, yang akan menghadapi hukuman gantung hari ini apabila Mahkamah Rayuan Singapura dilaporkan telah menolak permohonan terakhir berliau.

Nagaenthran, yang dikatakan mempunyai IQ 69, dijadual akan digantung selepas gagal dalam rayuan awal untuk membatalkan sabitan terhadap pengedaran dadah di Singapura.

Anwar persoal adakah adil hukuman mati dijatuhkan ke atas orang yang cacat akal
Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim

Anwar juga membangkitkan persoalan sama ada dengan menjatuhkan hukuman sedemikian adakah ia dapat menyelesaikan masalah yang lebih besar.

“Adakah ini keadilan?” soal Anwar lagi.

Dalam pada itu, Peguam N. Surendran menulis di tweet bahawa mahkamah tidak membenarkan ibu Nagaenthran, Panchalai Supermaniam daripada melantik peguam untuk permohonan akhir.

Dia mendakwa bahawa rayuan terakhir telah ditolak dalam keadaan “mengerikan”.

“(Keputusan) (telah) diberikan tanpa mendengar dari pihak Nagaen sama sekali,” kata beliau dipetik The Vibers.

Baru-baru ini ketua penyelaras Lawyers For Liberty (LFL) Zaid Malek berkata cabaran itu difailkan melalui Panchalai dan beliau akan diwakili sekiranya mahkamah rayuan mendengar cabaran itu.

Zaid berkata keluarga Nagaentran terpaksa memfailkan sendiri cabaran itu tanpa bantuan mana-mana firma guaman kerana mereka tidak dapat khidmat peguam di Singapura.

Nagaentran telah ditangkap pada 2009 dan didapati bersalah setahun kemudian kerana mengedar 42.72g heroin.

Semasa perbicaraannya, seorang hakim memutuskan bahawa Nagaenthran berada di sempadan yang mempunyai intelek berfungsi, dengan mahkamah membuat kesimpulan bahawa dia sedar dia melakukan jenayah.

Sabtu lalu, kumpulan politik dan pertubuhan masyarakat sivil telah berkumpul di luar Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini untuk membantah keputusan kerajaan Singapura meneruskan hukuman mati Nagaentran.

Kes itu juga menarik perhatian antarabangsa, dengan jutawan British Sir Richard Branson dan pelawak dan pengarang UK Stephen Fry meminta pengampunan.