Anwar ragui ketelusan, keadilan SPR kendali proses pilihan raya

Anwar ragui ketelusan, keadilan SPR kendali proses pilihan raya

Beberapa keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mutakhir ini mengesahkan keraguan ramai terhadap ketelusan, kebebasan dan keadilan suruhanjaya itu, kata Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penetapan hari Rabu pada 9 Mei adalah percubaan menghindari pengundi terutama pekerja di daerah berjauhan untuk pulang mengundi.

“Tempoh kempen selama 11 hari adalah di antara tempoh terpendek di dunia. Umno-BN diizin berkempen sejak awal, menggunakan media termasuk media rasmi kerajaan.

“Senarai pengundi digunakan terbatas hingga 2017. Dengan segala kecanggihan teknologi dan dana RM500 juta ringgit diperuntukkan kepada SPR, apakah masalah menggunakan senarai hingga Mac 2018. Ramai anak-anak muda mendaftar awal tahun ini.

” Apakah muslihat menafikan hak pengundi yang mendaftar di awal tahun 2018?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpandangan pemilihan negara-negara pemerhati proses pilihan raya berlansung kelak mestilah dari negara-negara yang diundang terdiri dari negara yang terkenal mengendali pilihan raya yang jujur dan adil saperti India, Indonesia, Turki dan Filipina.

Katanya pilihan pemerhati dari negara yang diketahui mengendali pilihan raya dengan tipu helah dicurigai mengesahkan tindakan SPR.

“Saya tegaskan kepada SPR, bahawa rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

“Media sosial akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantau dan menilai kerja mereka.

“Apakah ada kesediaan SPR untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bebas, jujur dan adil,” ujarnya.

COMMENTS

Wordpress (0)