Anwar rayu undi janji tingkatkan sektor pelancongan, pendidikan di Porti Dickson

Anwar rayu undi janji tingkatkan sektor pelancongan, pendidikan di Porti Dickson

Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Port Dickson sebagai tempat untuk bertanding kerana mahu membangunkan dan memajukan tempat peranginan bagi menawarkan lebih banyak peluang pekerja kepada penduduk Port Dickson.

Selain itu beliau turut berjanji akan memastikan pendidikan bagi pelajar sekolah rendah hingga menengah di Port Dickson akan terus dimajukan dengan permulaan menyediakan kemudahan pusat internet bagi pelajar.

Beliau menyeru pengundi di kawasan tersebut untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada 13 Oktober ini.

“Saya dulu wakil Permatang Pauh, dan sekarang dalam banyak tempat saya boleh pilih, saya pilih Port Dickson tempat untuk bertanding.

“Ianya kerana, jikalau terpilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson nanti, saya akan jadikan kawasan ini sebagai tempat pembangunan dan pelancongan terbaik di rantau ini

“Selain pekerjaan kosong kepada anak-anak muda termasuklah program-program pendidikan khas buat semua generasi muda.

“Banyak program yang saya ingin adakan di kawasan ini bagi membantu semua orang dan memberi keselesaan kepada mereka,” ujarnya ketika memberi ucapan di Dewan Leong Hin San, Air Kuning, Linggi, Port Dickson malam tadi.

Dalam PRK PD Datuk Seri Anwar akan dicabar calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua Umnp Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

Justeru itu, Ketua Umum PKR itu menyeru orang ramai di kawasan tersebut untuk keluar mengundi dan pilih Pakatan Harapan (PH) sebagai parti terbaik untuk mereka.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyambut baik Datuk Seri Anwar untuk bertanding di sini.

“Datuk Seri Anwar mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik sebanyak 17 tahun dan juga pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Jadi saya rasa dengan pengalaman yang beliau miliki pastinya boleh membantu sedikit sebanyak penduduk di kawasan ini,” jelasnya.

Menurutnya, jika semuanya berjalan lancar Datuk Seri Anwar boleh mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Port Dickson pada 16 Oktober ini.

Turut hadir bersama ialah, anak kepada Datuk Seri Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Lumut, Dr Mohd Hatta Ramli.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote