Malaysia Dateline

Anwar sahkan selesai isytihar harta

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengisytiharkan asetnya sebagai syarat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, pengisytiharan hartanya sedikit lewat kerana beliau perlu menandatangani surat sumpah di hadapan peguam atau Pesuruhjaya Sumpah.

“Sudah sudah, selesai dah…cuma tempoh hari saya belum tandatangan kerana saya belum pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya berada di Johor, saya baru sampai pagi ini untuk tandatangani. Pengisytiharan harta saya sudah pun siap,” katanya kepada media selepas program ‘Ada Apa Dengan Korupsi’ dekat Bangsar hari ini.

Sebahagian besar daripada 72 calon PKR telah menyiarkan pengisytiharan aset mereka pada Isnin lalu.

Sebelum ini, media turut melaporkan penyataan pengisytiharan harta oleh Anwar Ibrahim masih belum dikemaskini sebagai calon yang bertanding pada PRU15

Sementara itu Anwar berkata, semua pemimpin yang bertanding pada PRU15 perlu membuat pengisytiharan harta seperti yang dilakukan PH.

“Mereka perlu digalakkan untuk isytihar harta, tidak cukup hanya hantar kepada Perdana Menteri. Mereka perlu umumkan kepada orang awam.

“Kamu perlu minta pengisytiharan harta oleh pemimpin Pas, Bersatu (Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang kaya. Mereka patut buat perkara sama,” katanya.

Baca juga: Dapat gaji awal sempena PRU 15, untunglah penjawat awam dan pesara kerajaan

Baca juga: Dari menteri sampai ke pengarah Prasarana tidak faham kepayahan rakyat bergantung pada pengangkutan awam