Anwar selamat jalani pembedahan bahu kanan

Anwar selamat jalani pembedahan bahu kanan

Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan artroskopi bahu kanan beliau di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.

Beliau sekarang sedang berehat di CCU hospital berkenaan dan pasukan doktor yang merawat beliau menasihatkan agar tiada pelawat dibenarkan masuk kecuali keluarga terdekat.

Masa yang genting kini adalah proses pemulihan menerusi fisioterapi yang intensif, demikian menurut anak perempuan beliau, Nurul Izzah lewat petang selepas Anwar selesai menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, syukur kepada semua teman-teman yang sudi mendoakan agar DSAI menjalani pembedahan dengan selamat.

“Doakan, dan kita terus mengusahakan jangan ada sebarang tekanan yang mungkin menyulitkan keadaan,” kata Nurul Izzah bagi pihak keluarga Anwar dalam status Facebooknya..

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan pakar HKL yang menabur bakti hingga kini.

Bekas Ketua Pembangkang itu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan di bahu kanannya berikutan kemalangan pada September lalu.

Pada September lalu, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan itu terlibat kemalangan jalan raya.

Kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES