Malaysia Dateline

Anwar seru rakyat usah berlengah daftar vaksin

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia untuk tidak melengah-lengahkan pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata, rakyat diharap sedar akan kepentingan vaksin dan meningkatkan pembacaan tentang kepentingan mendapat suntikan imunisasi itu.

“Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar hari ini memaklumkan selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Anwar mencadangkan agar kerajaan mempermudahkan proses pendaftaran memandangkan ianya terlalu rumit dengan borang dan semakan.