Malaysia Dateline

Anwar setuju bayar bantuan awal persekolahan RM150 awal Januari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju membayar wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 pada awal Januari 2023.

Bayaran itu merupakan bayaran tanpa melibatkan dan tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

“Alhamdulillah, Bantuan Awal Persekolahan untuk semua murid tanpa mengira latar belakang sebanyak RM150 seorang akan disalurkan pada awal Januari.

“Cuma harap dapat juga penambahan bantuan diberikan segera kepada mereka yang terkesan dengan banjir terutamanya di Kelantan dan Terengganu kerana jumlah yang terkesan sudah mencecah 50,000 mangsa,” komen Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Kerajaan cadang salur bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.

Baca juga: Usul percaya perkukuh kedudukan PM, tapi perlu berjaga dengan konspirasi politik tumbangkan kerajaan Anwar